Skip to main content

Malaysia

Vaksin COVID-19: Mengapa guna 'picagari low dead-volume'?

81612345967_BiontechandPfizer.jpg
KUALA LUMPUR: Sejumlah 12 juta picagari jenis low dead-volume/em diperlukan bagi suntikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Mengapa penggunaan jenis picagari tersebut amat ditekankan dan apakah kepentingan serta kelebihannya berbanding picagari lain?

Berikut fakta penting berkenaan picagari ini seperti dilaporkan Bernama: 

Prof Madya Dr Mohd Makmor Bakry
Dekan Fakulti Farmasi, UKM
 
  • Saiz 'hub' (penghubung picagari dan jarum) yang minimum, kurangkan pembaziran vaksin
  • Memaksimumkan jumlah dos daripada sebotol emvial/em (bebuli) vaksin
  • Enam dos suntikan vaksin COVID-19 dapat dihasilkan
  • Jumlah cecair yang tertinggal di dalam picagari dan jarum selepas suntikan dikurangkan
  • Sering digunakan untuk ubat antikoagulan (pencair darah), insulin dan sebagainya
Jumlah cecair yang tertinggal di dalam picagari dan jarum selepas suntikan dapat dikurangkan. - Foto Pfizer BioNTech

Amrahi Buang
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia
  • Tanpa picagari itu, 0.08 ml akan terbuang untuk setiap bebuli vaksin
  • Pastikan tidak berlaku pembaziran dan kerugian
  • Jika guna picagari biasa, akan ada emdead space,/em, tidak semua vaksin masuk ke badan manusia

BACA: Program Imunisasi COVID-19 diawalkan, Perdana Menteri terima suntikan pada 24 Februari



Semua berita vaksin COVID-19

Must Watch Video