Skip to main content

Malaysia

Usaha perangi rasuah perlu dilaksana tanpa kompromi – Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim menitahkan usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor. 

Seri Paduka Baginda bertitah bahawa integriti dan ketelusan pentadbiran merupakan asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, amanat berkenaan disampaikan ketika Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini. 

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Datin Paduka Hazlina Jalil dan Pengarah Tanah dan Galian Johor, Mohammed Shakib Ali. 

Dalam pertemuan selama hampir dua jam itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa serta kemajuan pesat dicapai Johor oleh Onn Hafiz.

-- BERNAMA

 

TAG: Agong, Sultan Ibrahim, Johor, rasuah

Must Watch Video