Skip to main content

Malaysia

Trafik lancar di semua lebuh raya utama seluruh negara pagi ini

51712485838_alirantrafik.jpg
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar setakat 9.30 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, trafik bergerak lancar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.

"Orang ramai berkemungkinan masih belum memulakan perjalanan pulang ke kediaman selepas berakhirnya cuti persekolahan pada hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Klang Timur (EKVE) dari Hulu Langat menuju ke Ampang.

Menurutnya, sebanyak tujuh daripada 30 lorong pintar telah diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS pagi ini bagi memastikan aliran trafik kekal lancar.

-- BERNAMA


Must Watch Video