Skip to main content

Malaysia

Tiga warga Indonesia diculik di Tambisan

51567417004_DatukHazaniGhazali.jpg
Tiga nelayan warga Indonesia dipercayai diculik di perairan Geem Reef, Tambisan, Tungku dekat sini, petang Isnin.

Difahamkan kejadian itu dilakukan oleh tujuh lelaki bersenjata antara 2 hingga 3 petang.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi Bernama mengesahkan berlaku kejadian penculikan di Tambisan membabitkan warga Indonesia.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan lanjut.

"Setakat ini belum ada laporan polis dibuat," katanya.

-- BERNAMA




Must Watch Video