Skip to main content

Malaysia

Tiga penjenayah ditembak mati

81703300137_TBpenjenayah.jpg
GOMBAK: Polis menembak mati tiga penjenayah di Selayang di sini, awal pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi.

β€œSetakat ini, identiti tiga individu berkenaan belum dikenal pasti sama ada warga tempatan atau warga asing.

β€œKetua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan akan memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian itu pada sidang akhbar pada jam 2 petang ini,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu. - Sinar Harian



Must Watch Video