Skip to main content

Malaysia

Tiga pelajar hilang, perahu karam ketika hendak ke sekolah

61724114329_pelajarhilangbom.jpg
LUNDU: Tiga pelajar dikhuatiri hilang selepas perahu yang mereka naiki untuk ke sekolah karam di Kampung Selampit di sini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 6.33 pagi dan segera mengatur gerak sebuah jentera dan tujuh anggota ke lokasi dari Balai Lundu.

"Difahamkan insiden membabitkan 10 hingga 20 pelajar, dan tiga daripadanya masih hilang. Mereka yang hilang ialah dua pelajar perempuan dan seorang lelaki," katanya lagi.



Must Watch Video