Skip to main content

Malaysia

Tiga maut dalam kemalangan di Jalan Bau-Lundu Sarawak

81470841887_KemalanganBau.jpg
Tiga orang maut manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Alza dengan sebuah Perodua Axia di Jalan Bau-Lundu, dekat Kampung Sibuluh, Bau, Sarawak petang tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Ebby Hirwandy Sarbini, pihaknya menerima panggilan kira-kira 5.10 petang dan segera menggerakkan sepasukan anggota seramai lapan orang ke lokasi kejadian yang terletak  kira-kira 9 kilometer dari balai berkenaan.

"Tiga penumpang dari Perodua Alza didapati maut tersepit dalam kejadian tersebut, manakala seorang yang cedera ringan telah keluar sendiri dari kenderaan tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiga orang maut manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan
Mereka yang maut adalah pemandu Perodua Alza, dikenali sebagai Weley Gitin, warga Malaysia, serta dua dari tiga penumpang warga Indonesia.

Mangsa dikenali sebagai Mulyanto Sahri dan Isa Joni.

Sementara itu, kereta Perodua Axia pula dinaiki oleh dua orang penumpang, terdiri daripada  seorang lelaki dan seorang wanita.

Penumpang wanita dari kereta berkenaan turut mengalami kecederaan ringan yang kemudiannya telah dibawa ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Must Watch Video