Skip to main content

Malaysia

Tiga lagi ulat foto serang individu di KLCC didakwa esok

KUALA LUMPUR, 21 Nov -- etua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sazalee Adam, ketika sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.  Mayat seorang penyelia pembinaan yang dihanyutkan arus deras Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma pada Isnin lepas ditemukan berhampiran Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, Selangor, kira-kira 45 kilometer dari lokasi kejadian._BERNAMA
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka akan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tiga daripada lima jurugambar tidak berlesen atau "ulat foto" yang disyaki terlibat dalam kes menyerang dua individu di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada 22 Mac lepas akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka akan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia.

Beliau berkata dua lagi suspek kes serangan itu sudah dihadapkan ke mahkamah hari ini dan didakwa mengikut Seksyen 149 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pada 10.20 malam 22 Mac lepas, kelima-lima individu ditahan di pekarangan KLCC di Jalan Ampang bagi membantu siasatan kes sekumpulan ulat foto menyerang dua individu di kawasan Persiaran KLCC.

Kekecohan dipercayai bermula apabila mangsa melihat dan menghampiri sekumpulan lelaki yang menjalankan aktiviti mengambil gambar pengunjung di lokasi terbabit sedang memukul seorang pelancong lelaki warga India.

Bagaimanapun, mangsa yang bertindak menghampiri kumpulan berkenaan untuk menegur dan meleraikan pergaduhan itu telah diserang secara tiba-tiba dari arah belakang oleh seorang individu menggunakan sebilah kerambit.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video