Skip to main content

Malaysia

Tiga hari hilang, mayat remaja ditemukan terapung selepas bacaan Yasin

81542011972_TBLEMASxjpg.jpg
Mayat seorang remaja dijumpai terapung dua kilometer dari kawasan dia dilaporkan hilang Sabtu lalu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata mayat mangsa Rabani Abdul Razak, 14, ditemukan orang awam awal pagi tadi.

"Mangsa ditemui sekitar jam 8.30 pagi selepas lebih satu jam operasi hari ketiga dilancarkan sekitar jam 7.30 pagi tadi, dan sebaik bacaan Yasin di sekolah tersebut selesai.

Tambahnya, pencarian sebelum itu melibatkan radius lima kilometer di permukaan, termasuk menyusur kedua-dua tebing sungai.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Dalat untuk bedah siasat.


Must Watch Video