Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] SPA jadual semula sesi temu duga dan ujian bagi calon terjejas banjir

41621431282_SuruhanjayaPerkhidm.jpg
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) bersedia menjadualkan semula sesi temu duga serta beberapa ujian penilaian bagi calon yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri susulan cuaca buruk ketika ini.


Ringkasan AI
  • SPA bersedia menjadualkan semula sesi temu duga dan ujian penilaian calon yang terjejas akibat banjir serta cuaca buruk.
  • Calon yang tidak dapat hadir boleh menghubungi urus setia SPA untuk penjadualan semula tarikh ujian masing-masing.
  • Penjadualan semula akan dimaklumkan melalui e-mel dan portal rasmi SPA untuk memastikan calon mendapat maklumat yang tepat.


Dalam kenyataan hari ini SPA memaklumkan penjadualan semula melibatkan sesi temu duga, Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK), Profession Assessment Centre (PAC), Ujian Bakat serta Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP).

Sehubungan itu, SPA memaklumkan calon yang tidak dapat hadir disebabkan banjir boleh menghubungi urus setia berkaitan bagi memohon penjadualan semula tarikh ujian masing-masing.

"Bagi temu duga calon Gred 5 dan Gred 9 hubungi talian 03-8091 9393 / 9394 / 9357 / 9406 atau e-mel [email protected] manakala temu duga calon Gred 1 hubungi 03-8091 9434 / 9292 / 9342 atau e-mel [email protected] dan [email protected].

"Untuk jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U5 boleh hubungi 03-8091 9450 / 9318 / 9297 atau e-mel [email protected]," menurut kenyataan itu.

Menurut SPA, bagi calon UFPK pula, talian untuk dihubungi ialah 03-8091 9268 / 9270 / 9262 atau e-mel [email protected] dan calon PAC, Ujian Bakat dan UKP boleh menghubungi talian 03-8091 9261 / 9264 atau e-mel [email protected].

Penjadualan semula tarikh baharu sesi temu duga akan dimaklumkan melalui e-mel dan calon juga boleh menyemak urusan berkenaan melalui portal rasmi dan saluran akaun media sosial rasmi SPA, menurut suruhanjaya itu.

-- BERNAMA



Must Watch Video