Skip to main content

Malaysia

Terengganu jadikan abu Al-Quran kiub sebelum dilupus di laut

71480237531_lupusAlQuranKua.jpg
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mencipta inovasi baharu bagi pelaksanaan program pelupusan Al-Quran dengan memampatkan Abu Al-Quran dalam bentuk kiub.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata langkah berkenaan bertujuan memudahkan proses penyimpanan abu dan pelupusannya yang  lebih mesra alam serta patuh syariah .

Menurut Ghazali, inovasi yang mula diperkenalkan JHEAT sejak Mac lalu berjaya mengatasi kesukaran memindahkan abu Al- Quran ke kapal dan proses pembuangan abu ke laut.

“Kita dapati pada peringkat pertama kedua dan ketiga kaedah yang kita gunakan dalam bentuk pembuangan secara abu atau debu dan ada beberapa kesulitan kerana apabila berhadapan dengan tiupan angin dia menyebabkan berlakunya ketidaksempurnaan daripada operasinya.

“Jadi inovasi baru ini kita cuba bentuk dalam bentuk kiub yang lebih mudah yang lebih selamat dan ini merupakan satu kaedah yang terbaik yang akan kita laksanakan pada kali yang keenam ini," katanya selepas Program Pelupusan Abu Al-Quran di kawasan perairan tujuh batu nautika dari pantai  Kuala Terengganu.

Pada program berkenaan, sebanyak 118 kiub abu Al- Quran dilupuskan  hasil pembakaran 1,400 kilogram Al- Quran yang rosak.

Hasil  inovasi berkenaan, pihaknya juga bersedia menerima lebih banyak permohonan termasuk dari selatan Thailand untuk membantu mereka melupuskan Al-Quran ia akan dikenakan kos yang berpatutan.

Menurut Ghazali, JHEAT  juga bersedia melupuskan Al-Quran  yang terdapat kesalahan dari segi percetakan dan penulisan serta Al-Quran yang tidak mempunyai kelulusan Lembaga Pengawalan  dan Pelesenan Percetakan Al- Quran (LPPPQ).

Must Watch Video