Skip to main content

Malaysia

PM Anwar adakan lawatan ke Terengganu hari ini

KOTA KINABALU, 15 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Suria Sabah hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar, yang juga Presiden PKR, dijadual menghadiri Mini Konvensyen Keadilan Terengganu bertempat di Terengganu Equestrian Resort. - Foto fail/BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu hari ini.

Beliau akan memulakan lawatan dengan menghadiri Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi di Bukit Payong di Marang pada 11 pagi.

Seterusnya, Anwar dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra MADANI Pelajar Tahfiz Terengganu pada 1.45 tengah hari di Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu di sini.

Perdana Menteri kemudian akan menghadiri Mesyuarat Pembangunan Daerah Kuala Terengganu di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu pada 3.30 petang.

Anwar, yang juga Presiden PKR, dijadual menghadiri Mini Konvensyen Keadilan Terengganu bertempat di Terengganu Equestrian Resort di sini pada 4.45 petang.

Beliau dijangka mengakhiri jadual padatnya di negeri ini dengan menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2026M di Dewan Arena Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Nerus.

Edisi ke-68 Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran menghimpunkan 108 peserta dari seluruh negara, merangkumi 28 peserta tilawah (14 qari dan 14 qariah) serta 80 peserta hafazan. 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video