Skip to main content

Malaysia

Tahniah! Anugerah Pelancongan Kesihatan sekali lagi milik Malaysia

51591353981_NoorHishamAbdullah.jpg
Malaysia terus melakar kecemerlangan dalam bidang pelancongan kesihatan  bagi empat tahun berturut-turut apabila sekali lagi memenangi Anugerah Kesihatan dan Destinasi Pelancongan Kesihatan Terbaik 2019/2020.

Berita mengembirakan itu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya.

"Malam ini langsung dari London, Malaysia menangi Anugerah Kesihatan dan Destinasi Pelancongan Kesihatan Terbaik 2019/2020," katanya.




Kejayaan terbaharu itu diumumkan pada anugerah Pelancongan Kesihatan Antarabangsa Jurnal Pelancongan Perubatan Antarabangsa (IMTJ) yang diadakan secara dalam talian.

Dalam perkongsiannya itu, Dr Noor Hisham turut mendedikasikan anugerah tersebut kepada semua pemegang taruh dalam sektor penjagaan kesihatan atas kecemerlangan mereka sepanjang 2019/2020  dengan menggunakan hashtag #malaysiahealthcare.

"Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada keseluruhan pasukan," katanya.

Must Watch Video