Skip to main content

Malaysia

Susu tiruan: Mead Johnson buka ruangan lapor di laman web

71513063550_MilkPowder.jpg
Ibu bapa yang was-was dengan produk susu jenama Mead Johnson yang dibeli boleh mengemukakan aduan langsung ke laman web syarikat itu.

Ibu bapa atau penjaga bayi yang mengalami kesan alahan seperti kulit melepuh, muntah berterusan atau dehidrasi boleh terus membuat laporan atas talian di portal Mead Johnson.

Ruang maklum balas akan muncul di skrin utama laman web tersebut bagi memudahkan pengguna membuat aduan.

Anda boleh layari: https://www.enfagrow.com.my/

Atau menerusi aplikasi Facebook: Enfagrow A+ Malaysia

BACA: Mead Johnson keluarkan cara kenal pasti susu formula palsu

Must Watch Video