Skip to main content

Malaysia

Sindiket penyamaran, SPA nafi tawar perkhidmatan berbayar untuk kemasukan

41621431282_SuruhanjayaPerkhidm.jpg
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hari ini menafikan penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

SPA membuat penjelasan itu selepas menerima aduan mengenai sindiket penyamaran sebagai ahli dan pegawai pengurusan tertinggi suruhanjaya itu yang menawarkan perkhidmatan berbayar kepada orang awam untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

"Sindiket penyamaran ini dikesan aktif dalam platform media sosial Telegram dengan menggunakan nama serta gambar ahli dan pegawai pengurusan tertinggi suruhanjaya untuk memperdayakan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Menurutnya, SPA memandang serius perkara itu dan ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat.

Sehubungan itu SPA menasihatkan calon supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan jerat sindiket penyamaran itu.

"Calon boleh terus memohon melalui sistem SPA9 kerana tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan kemasukan ke perkhidmatan awam," katanya lagi.

Must Watch Video