Skip to main content

Malaysia

Seruan solat hajat dan doa untuk Hashim Jasin

“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah ia dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan kesan lain" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Mohon semua agar dapat melaksanakan solat sunat hajat dan mendoakan kesembuhan Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin.
“Mohon semua agar dapat melaksanakan solat sunat hajat dan mendoakan kesembuhan Datuk Hashim Jasin,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook hari ini.

KUALA LUMPUR: Orang ramai diseru melaksanakan solat sunat hajat dan mendoakan kesembuhan buat Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun Facebook beliau pada Khamis, yang dikendalikan oleh pentadbir media sosialnya.

“Mohon semua agar dapat melaksanakan solat sunat hajat dan mendoakan kesembuhan Datuk Hashim Jasin,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Hantaran tersebut turut berkongsi sepotong hadis daripada riwayat al-Bukhari dan Muslim yang berdoa agar dihilangkan kesakitan dan diberi kesembuhan buat Hashim.

Terdahulu, Hashim, 87 yang mesra disapa Tuan Guru dilaporkan sedang menjalani rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sejak 9 Februari lalu.

Hantaran yang sama turut memaklumkan Hashim tidak dapat menerima kunjungan pelawat kerana keadaan tidak mengizinkan.

Untuk rekod, beliau juga pernah menerima rawatan di hospital yang sama pada November tahun lalu, namun maklumat lanjut berkaitan rawatan tidak didedahkan kepada umum.

Beliau dilantik menjadi Mursyidul Am Pas yang keempat pada 10 Oktober 2016 melalui keputusan Majlis Syura Ulama Pas selepas Allahyarham Datuk Haron Din meninggal dunia pada 16 September dalam tahun yang sama.

 

Must Watch Video