Skip to main content

Malaysia

Seramai 3,000 penerima nikmati sumbangan Sinar Syawal MADANI

Sinar Syawal Madani
Ahmad Farhan berkata, program ini bukan sekadar meringankan beban golongan kurang berkemampuan untuk persiapan Aidilfitri, tetapi turut menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat. - Foto Facebook Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR: Program Sinar Syawal MADANI Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan 2026 membawa sinar kegembiraan kepada 3,000 penerima apabila mereka diraikan dalam majlis yang berlangsung di Jakel Kuantan, Pahang.

Mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Politik beliau, Datuk Ahmad Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan pakaian hari raya bernilai RM200 kepada setiap penerima.

“Antara penerima yang diraikan termasuklah pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga asnaf, pelajar sekolah rendah kategori asnaf, anak-anak yatim, pelajar maahad tahfiz, golongan ibu tunggal serta golongan kurang berkemampuan di sekitar Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan,” katanya dalam hantaran di media sosial pada Jumaat.

Ahmad Farhan berkata, program ini bagi meringankan beban mereka menjelang persiapan Aidilfitri agar segenap lapisan keluarga dapat menikmati kemeriahan Syawal.

Jelas beliau, usaha ini selari dengan aspirasi Malaysia Madani bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat.

Must Watch Video