Skip to main content

Malaysia

Seorang lagi Orang Asli Sungai Berua dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu

41506820874_Bajet.jpg
Seorang lagi masyarakat Orang Asli Sungai Berua dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu kerana dikuatiri mempunyai tanda-tanda jangkitan pada saluran pernafasan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh berkata lelaki yang berusia 29 tahun itu dikesan kira-kira jam 2.57 pagi Isnin, katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Katanya mangsa ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Menurut Mohd lagi, mangsa yang mempunyai pertalian dengan Orang Asli, Kuala Koh, Kelantan itu  mengalami batuk selama tiga hari.

Jelasnya sehingga kini seramai 10 masyarakat Orang Asli masih menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Menerusi jumlah itu lapan mangsa terdiri daripada Orang Asli Kuala Koh manakala dua lagi penduduk dari Kampung Sungai Berua.

Must Watch Video