Skip to main content

Malaysia

Seleweng dana NGO: SPRM sita aset kira-kira RM4 juta milik pendakwah bebas

SEBAGAI negara berdaulat yang menegakkan undang-undang, ketelusan dan akauntabiliti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berperanan penting bagi memastikan jenayah rasuah dibendung dan integriti ditegakkan.
Menurut SPRM, sitaan itu dilakukan susulan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikaitkan dengan individu berkenaan.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita pelbagai aset bernilai kira-kira RM4 juta yang dipercayai milik seorang pendakwah bebas.

Sitaan itu dilakukan susulan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikaitkan dengan individu berkenaan.

Menurut sumber, sitaan yang dilakukan hari ini termasuklah pelbagai mata wang asing dan tempatan yang berjumlah wang tunai Riyal 7,325; RM152,155 serta SGD27,134 (dollar Singapura). 

“Hari ini SPRM Negeri Sembilan telah melakukan sitaan terbaharu dan selain ada pertambahan sitaan untuk duit mata wang asing dan tempatan, kami turut menyita pelbagai perhiasan emas bernilai kira-kira RM2 juta. Sehubungan itu nilai sitaan terbaharu semalam dan hari ini berjumlah kira-kira RM4 juta,” katanya.

Menurut sumber, siasatan awal juga mendapati dua ahli jawatan kuasa yang disyaki bersubahat dengan pendakwah bebas tersebut merupakan isterinya yang juga bendahari NGO tersebut dan seorang lagi adalah setiausaha.

Tambah sumber, siasatan turut mendapati duit yang dipercayai dipindahkan ke akaun bank milik pendakwah bebas itu dan juga ke lapan akaun bank syarikat yang juga milik individu itu dilakukan tanpa pengetahuan ahli jawatankuasa lain.

Semalam SPRM Negeri Sembilan telah menahan reman seorang pendakwah bebas selama lima hari kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana sebuah NGO di tempatnya bekerja.

Jumlah dana yang dipercayai diselewengkan adalah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Awgkok berkata terdapat lapan syarikat yang terlibat merupakan syarikat-syarikat yang terdiri daripada syarikat percetakan, penerbitan, jualan buku, pemasaran, penjualan produk, pengurusan sumber manusia dan pengurusan duta produk.

Must Watch Video