Skip to main content

Malaysia

Selepas Malaysia, Pabuk kini menerjah Thailand

51546614979_Pabuk.jpg
Selepas membadai perairan Pantai Timur Malaysia pada Rabu, ribut tropika Pabuk kini dilaporkan berada kira-kira 55 kilometer ke barat daya Surat Thani, Thailand.

Malah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan ribut itu sedang bergerak ke arah barat negara itu dengan kelajuan 15km sejam.

Ribut tersebut dijangka menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Selat Melaka Utara.

Berdasarkan pencerapan pada 8 malam ini (Jumaat), MetMalaysia berkata jarak ribut itu dari bandar terdekat di negara ini ialah kira-kira 267km ke barat laut Padang Besar, Perlis.

Must Watch Video