TBILISI: Georgian Airways mula mengurangkan penerbangan dan memberi amaran bahawa syarikat itu berdepan risiko muflis susulan kenaikan mendadak harga bahan api jet, kata Ketua Perhubungan Awam syarikat penerbangan itu Victoria Klimicheva, lapor Xinhua.
“Ambil contoh penerbangan pergi balik ke Paris: Kami memerlukan sekitar 26 tan bahan api -- kira-kira AS$50,000. Bagi 100 penumpang, itu bersamaan AS$500 seorang hanya untuk kerosin. Tambang pergi balik kami ialah antara €300 hingga €350 (sekitar AS$352 hingga AS$410),” katanya sambil menjelaskan harga tiket bagi beberapa laluan kini tidak lagi mampu menampung kos asas bahan api.
Harga bahan api jet melonjak sejak konflik antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran tercetus, sekali gus mengganggu pengeluaran serta rantaian bekalan di Asia Barat dan rantau lebih luas.
-- BERNAMA-XINHUA