Skip to main content

Malaysia

Remaja perempuan tertinggal di Hentian Rehat ditemui selamat

Polis bantu eskort balik RNR. FB Caprice Daddycap
Polis menerima makluman daripada seorang bapa yang memaklumkan anak perempuannya tertinggal di lokasi berkenaan. - Gambar/ Media sosial

SEPANG: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan tertinggal di Hentian Rehat Sungai Merab, di sini, berjaya ditemui dalam keadaan selamat, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima makluman daripada seorang bapa yang memaklumkan anak perempuannya tertinggal di lokasi berkenaan.

Menurutnya, makluman itu diterima anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya di bawah pentadbiran Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda.

“Bertindak atas maklumat tersebut, dua anggota polis telah mengambil tindakan pantas dengan membantu mengiringi keluarga mangsa ke lokasi kejadian.

“Hasil usaha itu, remaja perempuan berkenaan berjaya ditemui dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihak polis sentiasa komited dalam memberikan bantuan kepada masyarakat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam terus terpelihara.

Must Watch Video