Skip to main content

Malaysia

Remaja lelaki lemas di Bukit Lagong, Selayang

41446205853_DROWNING.jpg
Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi di sungai Hutan Lipur Bukit Lagong, Selayang dekat sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian 5.40 petang itu, V. Harihanan, 18, lemas selepas terjun semula ke dalam sungai ketika empat rakannya bersiap untuk pulang.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata remaja itu, yang berasal dari Kepong, tiba di kawasan perkelahan itu bersama-sama rakan-rakan sebayanya pada 3 petang.

"Bagaimanapun, mangsa enggan bersiap untuk pulang setelah hampir tiga jam mandi-manda.

"Mangsa lemas di hadapan semua rakannya yang kemudian menjerit meminta pertolongan orang ramai untuk menyelamatkannya," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini.

Ali berkata mayat mangsa dapat dibawa keluar dari sungai itu dengan bantuan orang awam dan dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Must Watch Video