Skip to main content

Malaysia

Rebat RM50 tiket penerbangan sempena Gawai, Kaamatan – MOT

Anthony Loke
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi menampung kos rebat RM 50 yang dijangka memanfaatkan kira-kira 100,000 penumpang bagi musim cuti perayaan Hari Gawai dan Hari Keamatan. - Foto Astro AWANI

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan rebat tiket penerbangan sebanyak RM50 bagi laluan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan sempena sambutan Hari Gawai dan Kaamatan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban kos perjalanan rakyat, khususnya mereka yang pulang ke kampung halaman.

Menurut beliau, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi menampung kos rebat tersebut yang dijangka memanfaatkan kira-kira 100,000 penumpang.

“Pemberian rebat RM50 ini adalah untuk membantu mengurangkan kos tiket penerbangan, khususnya bagi rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak serta Labuan,” katanya.

Beliau menjelaskan, rebat tersebut akan dilaksanakan bagi tempoh perjalanan antara 15 Mei hingga 14 Jun 2026, iaitu tempoh puncak pergerakan sempena musim perayaan.

“Inisiatif ini memberi manfaat terus kepada penumpang kerana rebat ini akan dicerminkan dalam harga tiket penerbangan,” ujarnya.

Tambah beliau, langkah itu juga melengkapkan dasar sedia ada yang menetapkan harga maksimum RM499 bagi tiket penerbangan dalam tempoh tiga hari sebelum sambutan Gawai dan Kaamatan.

Dalam masa sama, syarikat penerbangan domestik dijangka melancarkan kempen jualan tiket dalam masa terdekat bagi memudahkan orang ramai menikmati tawaran tersebut.

Kerajaan berharap langkah itu dapat membantu meningkatkan mobiliti rakyat di samping meringankan beban kewangan menjelang musim perayaan.

Must Watch Video