ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 April 2026.
Krisis tenaga global: Kerajaan dan rakyat perlu bersatu, jadikan "loceng amaran" - Sultan Nazrin
Kerajaan dan rakyat perlu bersatu dalam menghadapi cabaran besar dan kritikal negara akibat krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan, cabaran utama perkhidmatan awam masa kini bukan lagi kekurangan dasar atau perancangan, tetapi keupayaan memastikan setiap keputusan dilaksanakan dengan berkesan serta memberi impak nyata kepada rakyat.
Lelaki, wanita ditahan bantu siasatan kes buang bayi di Skudai
Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di kawasan tempat letak kereta sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, Sabtu lepas.
- Malaysia gesa AS timbang semula tindakan sekat Selat Hormuz - Mohamad Hasan
Tindakan boleh menghalang pergerakan kapal daripada memasuki atau keluar dari Selat Hormuz dan memberi kesan besar kepada bekalan tenaga.
Tun M dedah detik cemas sebelum dikejarkan ke IJN pada Januari
Menurut beliau, kejadian itu berlaku secara mengejut sehingga menyebabkan beliau terjatuh dan mengalami kecederaan.
BDR: Lebih 200,000 penjawat awam terlibat
Kelulusan untuk pelaksanaan BDR bagaimanapun bergantung kepada ketua jabatan masing-masing, berdasarkan faktor keperluan dan kesesuaian tugas.
- Ketidaktentuan global: Rakyat perlu pastikan kesahihan maklumat elak panik
Rakyat perlu memastikan setiap maklumat yang diterima berhubung ketidaktentuan global susulan konflik antarabangsa adalah sahih bagi mengelakkan kesan panik dalam kalangan masyarakat.
- Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memfailkan tuntutan saman RM1.8 juta susulan dakwaan insiden keracunan makanan melibatkan ratusan peserta semasa acara hari keluarga di taman tema itu tahun lalu.
- Kerajaan setuju naikkan adunan biodiesel kepada B15 tanpa kos tambahan - Akmal Nasrullah
Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan susulan krisis di Asia Barat.
- Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Biodiesel dikenal pasti sebagai penyelesaian paling praktikal dan segera bagi menangani krisis tenaga global yang semakin meruncing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.