Skip to main content

Malaysia

QZ8501: AirAsia akan bayar pampasan USD100,00 kepada keluarga mangsa - WSJ

51419741025_295x200.jpg
AirAsia Indonesia akan membayar USD100,000 kepada keluarga mangsa pesawat QZ8501 yang terhempas pada 28 Disember lalu di Laut Jawa, lapor The Wall Street Journal pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko berkata, jumlah pampasan kepada setiap keluarga adalah selaras dengan apa yang dikehendaki oleh undang-undang Indonesia dan telah diminta oleh kerajaan negara tersebut.

The Wall Street Journal juga dalam laporannya mendakwa beberapa keluarga telah pun ditawarkan bayaran sebanyak USD24,000.

QZ8501 membawa 162 penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 28 Disember 2014 jam 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari sama sebelum dilaporkan hilang.

Penumpang pesawat terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (3) dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom.

Anak kapalnya pula terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang Perancis.

Topic Berkaitan

Must Watch Video