Skip to main content

Malaysia

Puntung rokok dibuang sembarangan antara punca kebakaran hutan

51512696656_Kebakaranhutan.jpg
Puntung rokok yang dibuang merata-rata di kawasan mempunyai bahan mudah terbakar dipercayai antara penyebab kebakaran hutan di negeri Terengganu.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Terengganu, Mohd Norli Abdullah berkata, selain itu aktiviti pembakaran tanpa dikawal dalam kerja-kerja pembersihan kawasan ladang juga menyumbang kepada kes kebakaran terbuka.

“Punca api itu daripada  manusia, terutamanya orang yang masuk hutan untuk cari madu atau burung.

“Biasanya, dia ‘bawa’ api (melalui) rokok, maka apabila dia campak benda (puntung) itu, ia boleh menyebabkan kebakaran.

“Apabila (kawasan tanah) gambut, (kebakaran yang berlaku) jadi lambat sikit untuk dipadamkan. Jadi, memang (kebakaran berpunca) daripada aktiviti manusia,” ujar Mohd Norli.

Menurutnya, setakat ini seorang individu telah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana dikesan melakukan pembakaran terbuka  pada Februari lalu.

Jelasnya, sebanyak  34 aduan telah diterima pihaknya sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Selain itu, pihaknya yakin kebakaran hutan tersebut tidak menyebabkan jerebu susulan tindakan pantas memadamkan kebakaran dalam tempoh tiga hari.

Must Watch Video