Skip to main content

Malaysia

Program MADANI Rakyat Zon Tengah: MetMalaysia ramal hujan di Kuala Selangor hari ini

61672817710_Percikanhujanlebat.jpg
KUALA LUMPUR: Hujan berserta ribut petir diramalkan berlaku petang ini, manakala hujan pada sebelah malam di kawasan Kompleks Sukan Kuala Selangor yang merupakan venue penganjuran Program MADANI Rakyat Zon Tengah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ramalan cuaca khas di laman Facebook memaklumkan cuaca esok diramalkan mendung pada pagi manakala cuaca baik pada sebelah petang hingga malam.


Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang berlangsung tiga hari hingga esok adalah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang 163 perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi berkaitan.

Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah dijadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok dan dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

-- BERNAMA

Must Watch Video