Skip to main content

Malaysia

PRN Sabah: SPRM tahan dua anggota pasukan keselamatan bawa wang parti politik

81600764418_SPRMMDBrasuah.jpg
Dua anggota pasukan keselamatan ditahan kerana dipercayai membawa sejumlah wang disyaki untuk 'membeli' undi bagi sebuah parti politik tempatan.

Kedua-dua anggota itu  ditahan di sekitar Lahad Datu, semalam.

Menurut sumber, suspek dikatakan menjadi 'orang tengah' untuk memberikan wang itu kepada pengundi yang mengundi awal hari ini.

"Suspek ditahan selepas menerima maklumat risikan berhubung tindakannya yang menjadi wakil kepada parti politik itu.

"Kes ini dirujuk oleh polis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah aduan diterima berhubung perkara tersebut,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, TPj. S. Karunanithy mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Must Watch Video