Skip to main content

Malaysia

Polis tahan lelaki di Kuantan kerana posting berbaur fitnah

71445429903_Handcuff.jpg
Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan di Kuantan, Pahang berhubung posting dalam Facebook mengenai Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata lelaki itu ditahan pada jam 5 petang semalam berikutan maklumat oleh Jabatan Siasatan JenayahSarawak.

Polis juga merampas telefon bimbitnya untuk siasatan.

"Sepasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Kuching akan berlepas ke Kuantan esok untuk mengiringi suspek balik," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Dev berkata setakat jam 8 malam tadi, 37 laporan polis telah dibuat di 12 daerah polis terhadap beberapa pemegang akaun facebook yang didakwa telah membuat posting atau komen berbaur fitnah berhubung pemergian Ketua Menteri Sarawak.

“Siasatan sedang dijalankan ke atas enam daripada laporan itu,” katanya sambil menambah dua penangkapan telah dibuat setakat ini dan selebihnya sedang disiasat. -- Bernama

Must Watch Video