Skip to main content

Malaysia

Polis siasat wanita pijak anak kucing sampai mati

81588905644_Kucing.jpg
KUALA LUMPUR: Rakaman video memaparkan tindakan kejam sekumpulan wanita mendera seekor anak kucing sehingga mati kini mendapat perhatian pihak berkuasa yang akan menyiasat perbuatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan dan menjalankan siasatan lanjut.

"Laporan polis pertama dibuat oleh orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

"Tempat kejadian dan suspek yang terbabit belum dikenal pasti namun polis sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Rakaman tiga wanita memijak seekor anak kucing sehingga mati itu menjadi tular di laman sosial sejak Khamis menyebabkan banyak pihak mengecam tindakan mereka.

Must Watch Video