Skip to main content

Malaysia

Polis rekod keterangan pemilik premis kes Jalur Gemilang terbalik

61756287453_tbJalurGemilangter.jpg
GOMBAK: Polis telah merakam keterangan seorang pemilik premis bagi membantu siasatan berkaitan kes Jalur Gemilang yang dipasang dalam keadaan terbalik di sebuah bangunan di Batu Caves 1, di sini pada Sabtu lalu.


Ringkasan AI
  • Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah premis di Batu Caves 1, Gombak, mencetuskan siasatan polis.
  • Polis merakam keterangan pemilik premis dan menyiasat kes di bawah Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama 1963.
  • Tujuh anggota bomba dari BBP Selayang membantu menurunkan bendera dan menyerahkannya kepada pihak polis.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu pada jam 11.29 pagi.

“Kita telah merakam keterangan pemilik premis dan individu yang terlibat. Tindakan siasatan telah dilengkapkan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Anggota Bomba dan Penyelamat turut hadir membantu menurunkan bendera itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, jurucakap Bomba Selangor berkata, seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang hadir ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 10.20 pagi.

“Anggota bomba membantu menurunkan bendera yang berada di tingkat satu premis berkenaan sebelum menyerahkan Jalur Gemilang itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.  -Sinar Harian




Must Watch Video