Skip to main content

Malaysia

Polis mohon bantuan kesan lelaki warga Palestin hilang di Kajang

81740151203_PDRM.jpg
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang warga Palestin yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Rumah Pangsapuri Bukit Mewah, Taman Bukit, Kajang, Selangor 23 Mac lepas. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom

KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang warga Palestin yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Rumah Pangsapuri Bukit Mewah, Taman Bukit, Kajang, Selangor 23 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata lelaki itu, Al Baraa Monir Sobhi Alqedra, 22, berketinggian 180 sentimeter dan berat 70 kilogram 

“Beliau kali terakhir dilihat di lokasi berkenaan pada 8 pagi dengan memakai kemeja-T kuning dan berseluar panjang berwarna hitam.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima laporan kehilangan lelaki itu pada 5.56 petang, 24 Mac lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi IPD Kajang di talian  03-89114222 atau Ketua Polis Balai Kajang Insp Shisheewady Ruzani di talian 016-8565670.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video