Skip to main content

Malaysia

Polis kesan lelaki cuba curi kabel di Ipoh

Sumber: BERNAMA
Polis giat mengesan seorang lelaki disyaki cuba mencuri kabel di Jalan Medan Istana yang tular di laman media sosial, semalam. - Foto hiasan/BERNAMA

IPOH: Polis giat mengesan seorang lelaki disyaki cuba mencuri kabel di Jalan Medan Istana di sini yang tular di laman media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata kejadian dipercayai berlaku pada 8.50 malam dan rakaman kejadian itu dimuat naik seorang pemilik akaun X. 

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran mendapati seorang lelaki mengetuk mozek penutup lurang (manhole) dipercayai untuk membukanya bagi mencuri kabel. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

-- BERNAMA

Must Watch Video