Skip to main content

Malaysia

Polis buru empat lelaki terlibat kes curi kabel di Semenyih

fotoBERNAMA
Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan memotong kabel. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Polis sedang giat mengesan empat lelaki yang terlibat dalam kes kecurian kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdekatan Pangsapuri D’Kayangan Setia Ecohill, Semenyih.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6.54 pagi semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati empat suspek lelaki yang tidak dapat dipastikan identiti mereka, menggunakan sebuah kenderaan berwarna kelabu untuk melakukan kegiatan itu.

"Suspek dikesan sedang memotong kabel yang disyaki milik TNB sebelum bertindak melarikan diri selepas ditegur oleh penduduk setempat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan memotong kabel.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Nadzul Majdi Abu Seman di talian 017-4661757.

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang ditalian 03-89114243 jika melihat atau mempunyai maklumat sebarang perbuatan jenayah.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video