Skip to main content

Malaysia

PM menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bahru

81681999118_TBANWARSULTANJOHO.jpg
KUALA LUMPUR : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan bersama baginda berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Khamis.

Sesi menghadap itu dikongsi di laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut mempersembahkan mengenai perkembangan pembangunan negara dan juga negeri Johor.

Sultan Ibrahim juga berkenan menghantar Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan memandu sendiri.

 

Must Watch Video