Skip to main content

Malaysia

PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN

81622366981_950x600.jpg
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad, dalam kenyataannya berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19, di lokaliti terbabit.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, Rodzi turut memaklumkan tiada pelanjutan dan penamatan PKPD di lokaliti lain dalam negara, hari ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video