Skip to main content

Malaysia

PETRONAS, Petros mohon prosiding pendengaran tangguh selama sebulan

81756107596_MahkamahTinggiKuch.jpg
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuching iaitu kedua-dua pihak secara bersama memohon supaya prosiding pendengaran ditangguhkan selama sebulan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata penangguhan itu diberikan bagi membolehkan rundingan yang sedang berlangsung di antara kedua-dua pihak dapat diteruskan.

"Pihak yang terlibat masih dalam rundingan dengan tujuan untuk mencapai penyelesaian," katanya.

-- BERNAMA



Must Watch Video