Skip to main content

Malaysia

Pesawat MAS MH742 ke Yangon berpatah balik ke KLIA, selamat mendarat

71449118773_MAS.jpg
Malaysia Airlines Berhad (MAB) hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH742 miliknya yang berlepas ke Yangon, Myanmar dari Lapangan Terbangan Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.59 petang tadi,  terpaksa  membuat pusingan balik ke lapangan terbang berkenaan.

Menurut MAB dalam satu kenyataan, pesawat berkenaan disahkan selamat mendarat di KLIA pada 3.45 petang tadi.

Punca pesawat itu berpatah balik bagaimanapun tidak dimaklumkan.

Penerbangan MH742 yang beroperasi menggunakan pesawat B737-800 itu sepatutnya mendarat di Yangon pada 3.05 petang hari yang sama.

Must Watch Video