Skip to main content

Malaysia

Perkhidmatan Perpustakaan Negara ditutup sepanjang PKP

61567085009_PerpustakaanNegara.jpg
KUALA LUMPUR:Perkhidmatan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ditutup kepada pengunjung mulai esok hingga 26 Jan depan.

Ketua Pengarah PNM Maizan Ismail berkata penutupan itu seiring pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, bermula esok sehingga 26 Jan.

Bagaimanapun katanya orang awam masih boleh mendapatkan 52.9 juta bahan bacaan digital menerusi perkhidmatan u-Pustaka dengan melayari www.u-pustaka.gov.my.

"PNM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video