Skip to main content

Malaysia

Perdana Menteri rasmi Pesta Kaamatan hari ini

KUALA LUMPUR, 22 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 12, 'Memacu Kedudukan Malaysia dalam Gelombang Baharu Aliran Modal Global' di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia malam ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Anwar akan menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun hari ini. - Gambar fail Bernama

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang hari ini.

Beliau dijadualkan tiba di dewan kebudayaan itu pada 11 pagi bagi menyempurnakan festival kebudayaan tahunan berkenaan, selain menyertai acara tradisi simbolik menuai padi.

Anwar yang diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kemudiannya dijadualkan mengadakan lawatan ke rumah-rumah tradisi yang terletak di Koisaan Cultural Village, KDCA selain beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

Sementara itu, majlis penutupan rasmi pesta berkenaan pula akan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, esok.

Acara kemuncak selama dua hari itu dijangka dihadiri puluhan ribu pengunjung.

Bagi memudahkan pergerakan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas, perkhidmatan bas perantara percuma disediakan dari pusat beli-belah Imago dan Suria di sini ke Hongkod Koisaan bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Pesta Kaamatan merupakan perayaan tradisi pesta menuai yang disambut dengan meriah masyarakat di Sabah sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang lumayan. Ia diraikan sepanjang Mei, dengan acara kemuncaknya diraikan pada 30 serta 31 Mei setiap tahun.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement