Skip to main content

Malaysia

Penunggang e-Hailing maut terlanggar kereta rosak di bahu jalan

Sumber: PDRM
Seorang penunggang motosikal e-hailing maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Lebuhraya Pantai Baru, Kilometer 3, Kuala Lumpur, pada Khamis. - Gambar ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal e-hailing maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Lebuhraya Pantai Baru, Kilometer 3, di sini, pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.40 petang sebelum pihaknya menerima maklumat 10 minit kemudian.

Beliau berkata, mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an yang bekerja sebagai penghantar motosikal e-hailing.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kiri jalan akibat kerosakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Hussin turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan kemalangan.

Beliau menegaskan, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan akan mengambil tindakan tegas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Jayseelan Suppaya di talian 011-10252531 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Must Watch Video