SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah pentadbiran kerajaan negeri wajar diteruskan dan berfungsi seperti biasa bagi memastikan kelangsungan tadbir urus negeri berjalan dengan teratur serta memelihara kepentingan rakyat.
Tuanku Muhriz bertitah walaupun dengan ketidakhadiran pembesar negeri yang lazimnya mengiringi baginda pada setiap perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), keadaan itu tidak menjejaskan keabsahan mahupun kelancaran persidangan berkenaan.
“Beta berdoa kepada Allah SWT supaya negeri dan rakyat beta terus diberikan kesejahteraan dan hidup dalam suasana harmoni melalui kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun bersama barisan exco kerajaan negeri.
“Beta berasa amat bersyukur kerana kerjasama kukuh dalam kerajaan beta terus menunjukkan prestasi yang amat cemerlang pada tahun lepas,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Ke-15 di sini hari ini.
Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, bagaimanapun tidak hadir ke persidangan tersebut.