Skip to main content

Malaysia

Pengguna i-Akaun KWSP terpaksa tunggu hampir sejam untuk log masuk

KWSP. Tangkap layar_KWSP
Menerusi paparan notis di aplikasi itu, pengguna kini berada dalam giliran dengan jangkaan masa menunggu 51 minit susulan pengumuman kadar dividen KWSP yang diumumkan jam 11 pagi pada Sabtu. - Gambar tangkap layar

KUALA LUMPUR: Sebahagian pengguna i-Akaun KWSP hari ini berdepan kesulitan apabila terpaksa menunggu hampir sejam sebelum dapat mengakses sistem itu susulan capaian trafik yang tinggi.

Situasi itu berlaku susulan pengumuman kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan jam 11 pagi Sabtu.

Menerusi paparan notis di aplikasi itu, pengguna kini berada dalam giliran dengan jangkaan masa menunggu 51 minit dan hanya boleh log masuk sekitar pukul 3.13 petang.

Pengguna turut dinasihatkan agar tidak menutup atau menekan butang ‘refresh’ pada halaman berkenaan sepanjang tempoh menunggu.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn mengumumkan kadar dividen 2025 yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya iaitu 6.15 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, Konvensional dan Shariah.

Kadar dividen bagi Simpanan Konvensional adalah daripada jumlah agihan sebanyak RM67.1 bilion manakala bagi Simpanan Shariah, membabitkan agihan berjumlah RM12.5 bilion.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2025 sebanyak RM79.6 bilion.

Must Watch Video