Skip to main content

Malaysia

Pengasuh didakwa sebabkan kematian bayi tujuh bulan di taska

[TB]_Dera Bayi 1_ASTRO AWANI
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas tuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska di Bandar Kinrara, Puchong. - Astro AWANI

PETALING JAYA: Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas tuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska di Bandar Kinrara, Puchong.

Tertuduh, Balqish Mohammad Dzyham, 28, didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Mei 2026 antara jam lebih kurang 9.30 pagi hingga 10.40 pagi.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Farah Azura Mohd Saad, tertuduh hanya menundukkan kepala dan tiada sebarang pengakuan dibuat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian terhadap bayi lelaki, Muhammad Eiden Faheem Mohammed Nor Syafiq dan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau dipenjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

Sekiranya tidak dijatuhkan hukuman gantung, tertuduh juga hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Athirah Jamalullail sementara tertuduh diwakili peguam, Datuk Suraj Singh.

Turut hadir dalam prosiding itu, peguam pemerhati yang mewakili keluarga mangsa, Nur Syakirah Nor Azam Shah.

Mahkamah menetapkan 14 Julai 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan.

 

 

Must Watch Video