Skip to main content

Malaysia

Penduduk Kampung Limau Kasturi diingatkan segera berpindah, paras Sungai Galas meningkat

41764192164_mangsabanjirkela.jpg
GUA MUSANG: Penduduk Kampung Limau Kasturi, di sini yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran dengan sungai dinasihatkan supaya berpindah lebih awal berikutan paras Sungai Galas menunjukkan trend menaik dan kini berada pada tahap amaran.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata proses pemindahan awal itu akan mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta sukarelawan.

"Penduduk yang terlibat telah diberi penerangan secara lisan oleh anggota keselamatan di kampung berkenaan dan dinasihatkan supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi, bagi mengelakkan risiko banjir," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sik berkata ada anggota yang terpaksa memujuk dan menasihati beberapa penduduk yang enggan berpindah kerana keutamaan polis ialah keselamatan penduduk.

-- BERNAMA

Must Watch Video