Skip to main content

Malaysia

Penduduk Kampung Besol Lama dipindahkan, rumah dinaiki air

41515113863_banjirkemaman.jpg
Hujan lebat sejak semalam menyebabkan Kampung Besol Lama di Dungun mula dinaiki air.

Menurut laporan  info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 17 mangsa daripada tujuh keluarga itu dipindahkan di Surau Besol Lama.

Ia melibatkan lima kanak-kanak serta lapan wanita dan empat lelaki dewasa.

Pusat berkenaan mula dibuka pada jam 1.10 pagi Ahad selepas paras air di sungai berhampiran sudah melepasi paras bahaya.

Kawasan kampung itu kerap dinaiki air berikutan kawasan rendah dan berdekatan dengan alur sungai.

Must Watch Video