Skip to main content

Malaysia

Pemilihan PKR: Saya bertanding untuk kepentingan parti, kata Wan Azizah

61396087513_295x200.jpg
Calon Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusannya untuk bertanding pada pemilihan PKR tahun ini adalah 'demi menjaga kepentingan dan masa depan parti'.

Beliau yang juga penyandang Presiden PKR, disahkan bertanding melawan Ketua Umum parti itu yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pemilihannya, Mei nanti.

Dakwa beliau, tidak mustahil untuk Anwar sekali lagi dinafikan bertanding berikutan langkahnya ke Kajang baru-baru ini tidak tercapai kerana telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

"Keputusan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau," kata Wan Azizah dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul pada Sabtu telah mengumumkan pertandingan Wan Azizah dengan Anwar selepas tempoh menghantar pencalonan ditutup pukul 5 petang tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini memegang jawatan Ketua Umum PKR.

Pertandingan seumpamanya merupakan yang pertama kali dalam sejarah pemilihan parti politik di Malaysia.

Must Watch Video