Skip to main content

Malaysia

Pembaharuan aset ketenteraan akan diberi tumpuan - Mohamad Sabu

61527341471_matsabu.jpg

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini memaklumkan beberapa pembaharuan membabitkan aset ketenteraan perlu dilakukan di masa depan.

Bagaimanapun pihaknya akan memastikan sebarang pembelian aset ketenteraan yang baharu kelak mengikut harga yang betul.

Katanya, beliau memahami bahawa Angkatan  Tentera  Malaysia (ATM) memerlukan peralatan canggih dan moden sewaktu menjalankan tugas menjaga keselamatan negara.

Berikutan itu, beliau berjanji akan membawa perkara itu ke Kabinet untuk dibincangkan dan berharap Perdana Menteri akan menyokongnya untuk melakukan pembaharuan membabitkan aset dan peralatan ketenteraan negara.

“Memang beberapa pembaharuan perlu dibuat ada alat yg canggih dan moden  kalau hendak control ialah pembelian supaya ia mengikut harga yang betul.

“Tentera amat memerlukan peralatan moden, bila saya mendengar taklimat daripada Tentera Darat  Tentera Udara, saya rasa perlu tindakan segera, untuk kita perkemaskan lagi peralatan terutama tentera Malaysia dan ini saya akan bawa ke Kabinet dan kita harap perdana menteri dapat meyokong untuk pembaharuan segera dalam soal peralatan ketenteraan kita,” katanya pada sidang media di TUDM, Butterworth pada Sabtu.

Beliau sebelum itu hadir pada majlis  berbuka puasa bersama 350 warga TUDM  Pulau Pinang.

Must Watch Video