Skip to main content

Malaysia

Pelihara perpaduan teras keamanan negara - Aaron

Happy Easter! May the miracle of Easter bring you renewed hope and happiness.  Negara kita dibina atas asas kepelbagaian, dan hubungan antara agama di Malaysia harus sentiasa dipelihara dengan penuh hormat dan kasih sayang. Demi Malaysia yang harmoni dan sejahtera, kita perlu memastikan keamanan dan perpaduan tetap menjadi teras kehidupan berbangsa kita.
Aaron berkata kekuatan Malaysia lahir daripada rakyat yang bersatu padu, saling menghormati serta bekerjasama demi masa depan yang lebih gemilang. - Foto Facebook/Aaron Ago Dagang

KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menyeru rakyat Malaysia untuk terus memelihara hubungan antara agama dengan penuh hormat dan kasih sayang demi memastikan keharmonian negara kekal terpelihara.

Beliau menerusi hantaran Facebook sempena sambutan Easter berkata Malaysia dibina atas asas kepelbagaian, justeru keamanan dan perpaduan perlu sentiasa menjadi teras dalam kehidupan berbangsa di negara ini.

“Negara yang aman dan damai mempunyai keupayaan untuk bersaing serta memberi sumbangan pada peringkat global,” katanya. 

Aaron berkata kekuatan Malaysia lahir daripada rakyat yang bersatu padu, saling menghormati serta bekerjasama demi masa depan yang lebih gemilang.

“Marilah kita bersama-sama menzahirkan semangat muhibah dan perpaduan dalam setiap tindakan demi Malaysia yang kita cintai,” katanya.

Pada hantaran itu, beliau berharap keajaiban Easter membawa harapan baharu dan kegembiraan kepada semua. 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video